Sekolah menyediakan pembelajaran satu sesi, yang bermula dari 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, hari Isnin hingga Jumaat. Hari persekolahan adalah mengikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Kelas Hafazan & Tilawah al-Quran diadakan selama satu jam setiap pagi.
- Latihan Amali diadakan selama setengah jam setiap petang.
- Kemahiran komunikasi, sosial dan ICT.
- Setiap kelas dianggarkan 25 orang pelajar.
- Program Qiamullail dan motivasi bulanan.
Perincian pembahagian masa persekolahan rendah/mengah integrasi adalah seperti berikut:
08.00 – 10.00 pagi | Pembelajaran dalam bilik darjah |
10.00 – 10.20 pagi | Rehat |
10.20 – 01.00 tgh | Pembelajaran dalam bilik darjah |
01.00 – 02.00 ptg | Makan Tengah hari/Solat Zohor |
02.00 – 04.00 ptg | Pembelajaran dalam bilik darjah |