Falsafah Pendidikan Kami
SRIDE komited melahirkan generasi murid yang cemerlang dunia dan akhirat melalui sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), kurikulum dini serta pengukuhan hafazan al-Quran selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Penekanan diberikan kepada penguasaan ilmu, kemahiran digital, komunikasi, kreativiti dan pembentukan sahsiah unggul berteraskan nilai Islam.
Pendekatan pendidikan holistik dan inovatif diamalkan melalui pembelajaran aktif, teknologi pendidikan, pembelajaran berasaskan projek (PBL), serta pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP. SRIDE berusaha membentuk murid Ulul Albab yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan serta mampu menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Pencapaian Berterusan
Kem Kepimpinan SRIDE 2016
19-21 februari 2016 – bertempat di Impian Country Resort (ICR) Hulu Langat, unit Hal Ehwal…
Selamat Hari Guru
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SIMDE kali yang ke 8 telah selamat dilaksanakan pada hari Sabtu…
Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan sekolah & pendaftaran
03-56380486
