Falsafah Pendidikan Kami
SRIDE komited melahirkan generasi murid yang cemerlang dunia dan akhirat melalui sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), kurikulum dini serta pengukuhan hafazan al-Quran selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Penekanan diberikan kepada penguasaan ilmu, kemahiran digital, komunikasi, kreativiti dan pembentukan sahsiah unggul berteraskan nilai Islam.
Pendekatan pendidikan holistik dan inovatif diamalkan melalui pembelajaran aktif, teknologi pendidikan, pembelajaran berasaskan projek (PBL), serta pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP. SRIDE berusaha membentuk murid Ulul Albab yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan serta mampu menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Pencapaian Berterusan
Buku Program Majlis Ihtifal 2018
Buku Program Majlis Ihtifal 2018
JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SIMDE 2018
Terima kasih kepada semua murid-murid, ibu bapa dan warga simde kerana berjaya menganjurkan Jamuan Akhir…
Gambar Terbaru Guru-Guru SRIDE
Berita dari Facebook
Dapatkan berita terkini yang diambil terus dari facebook Sekolah Islam Darul Ehsan [facebook_feed]
World #QuranHour
Jom bersama kita sertai World #QuranHour
Program Zakat Pendapatan/Simpanan dan Perniagaan Melalui SIMDE
Untuk makluman, pihak sekolah telah mengadakan usahasama dengan Majlis Agama Islam (MAIPs) untuk kemudahan pembayaran…
Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan sekolah & pendaftaran
03-56380486
