Falsafah Pendidikan Kami
SRIDE komited melahirkan generasi murid yang cemerlang dunia dan akhirat melalui sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), kurikulum dini serta pengukuhan hafazan al-Quran selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Penekanan diberikan kepada penguasaan ilmu, kemahiran digital, komunikasi, kreativiti dan pembentukan sahsiah unggul berteraskan nilai Islam.
Pendekatan pendidikan holistik dan inovatif diamalkan melalui pembelajaran aktif, teknologi pendidikan, pembelajaran berasaskan projek (PBL), serta pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP. SRIDE berusaha membentuk murid Ulul Albab yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan serta mampu menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Pencapaian Berterusan
PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2021 adalah dibuka Sila terus ke link ini untuk pendaftaran…
KAMIL GASIS 2019
Penyertaan sekolah pada tahun ini telah berjaya mendapat juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada peserta, guru-guru…
Buletin SRIDE (Januari – Februari 2019)
Program Memantapkan Aliran Trafik Sekolah Islam Darul Ehsan
Pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Zaliha (Pensyarah Politeknik Shah Alam) dan Dr…
Majlis Ihtifal 2018
Selasa, 20 November 2018 Ahli keluarga SIMDE telah berjaya melaksanakan majlis Ihtifal 2018.
Wakaf Dewan Ilmu Terbuka dan Infrastruktur Sekolah
Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan sekolah & pendaftaran
03-56380486
