Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dengan penuh kesyukuran, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Multimedia dan ICT SRIDE yang telah membangunkan laman web rasmi ini. Semoga ia menjadi medium yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan mengukuhkan lagi hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam swasta, SRIDE sentiasa komited untuk terus menjadi sekolah swasta cemerlang di Selangor, dipacu oleh barisan pendidik yang berilmu, berpengalaman dan berjiwa pendidik sejati.
Harapan besar kami adalah agar anak-anak didik SRIDE dibimbing menjadi generasi unggul yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan juga cemerlang dari segi pembentukan sahsiah diri mereka. Ini selari dengan aspirasi kami untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan akhlak, serta bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan jati diri Islam yang kukuh.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan kerjasama kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk generasi yang pintar, beradab dan berakhlak tinggi.
Semoga laman web ini menjadi wadah yang bermanfaat dan memberi nilai tambah kepada hubungan baik antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.
Sekian, terima kasih.Dr. Raja Faralita Binti Raja Hj. Mohamad
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan (SRIDE)