Metodologi Pendidikan

Kurikulum pendidikan menerapkan sistem dwialiran bersepadu, mengintegrasikan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KBSR) dengan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor.

Tilawah dan hafazan al-Quran merupakan matapelajaran teras.

Methodologi pendidikan ‘5A’ diamalkan dalam membentuk generasi pelajar Ulil-Albab. Pendekatan integrasi merentas matapelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang holistik akan membentuk pelajar yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak Islam.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan seiring dengan pengisian program motivasi, tazkirah dan Qiamulail dalam membentuk keperibadian pelajar Mukmin. Pelajar akan diasuh dan dibimbing dalam aktiviti penguatan akidah dan pengamalan ibadat. Ini adalah sebahagian daripada pengisian Projek Khalifah, dengan harapan dapat memupuk sifat kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan ibubapa, disamping menjana kerohanian dan semangat juang yang tinggi.

khalifah-kids-small

Penerapan Pendidikan ‘5A’ memastikan kecemerlangan pelajar dalam:

  • Pembentukan akidah dan akhlak
  • Khatam al-Quran dan hafaz Juzuk Amma serta surah-surah pilihan
  • Matapelajaran akademik dan diniyyah
  • Penghayatan Amali Muslim
  • Kemahiran ICT
  • Kegiatan Ko-Kurikulum
Scroll to Top