Mesyuarat Agong Tahunan PIBG

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SIMDE kali yang ke 8 telah selamat dilaksanakan pada hari Sabtu 26 Mac 2016. Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Nazir Masjid Darul Ehsan Tuan Haji Abdul Rahman bin Othman.

Terima kasih buat ibubapa yang telah sempat menghadirkan diri di dalam mesyuarat kali ini. Kehadiran yang menggalakkan ini memberi suntikan semangat kepada barisan AJK PIBG untuk terus berkhidmat demi sekolah dan anak-anak.

Mesyuarat Agong Tahunan kali ini tidak mempunyai sesi pemilihan jawatankuasa memandangkan tempoh pemilihan adalah pada setiap dua tahun.

Mesyuarat telah membincangkan 19 usul bertulis selain beberapa usul berbangkit. Selain itu juga mesyuarat turut mendengar dan berbincang laporang kewangan PIBG

Scroll to Top